Koperasi

English     Borang Keahlian     Hubungi Kami

Pengenalan

Selamat datang ke Koperasi Pengeluar Telur Bebas Sangkar Malaysia Berhad, inisiatif utama yang diwujudkan untuk menjadi sumber utama bekalan Telur Bebas Sangkar di Malaysia. Koperasi kami komited untuk menyatukan pengeluar telur bebas sangkar sediaada, baru dan masa depan di bawah visi perkongsian pengeluaran telur yang beretika dan mampan. Kami menawarkan sokongan teknikal dan membantu mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan oleh ahli kami demi mempastikan mereka mempunyai sumber dan kepakaran yang diperlukan untuk berkembang maju.

Ini akan memudahkan penambahbaikan dalam infrastruktur dan keupayaan pengeluaran. Selain itu, operasi audit kami memastikan semua pengeluar telur bebas sangkar mematuhi garis panduan pensijilan yang ketat bagi menjamin bahawa semua produk telur bebas sangkar memenuhi standard kualiti tertinggi yang mengutamakan kebajikan haiwan. Bersama-sama, kami berusaha untuk menetapkan penanda aras baharu dalam industri dan mempromosikan masa depan yang lebih berperikemanusiaan dan mampan untuk pengeluaran telur di Malaysia.





VISI

Peneraju kebajikan ayam di Malaysia.

MISI

Kami adalah pembekal telur bebas sangkar terbaik.

Ahli Lembaga Koperasi

Objektif Strategik

  • 1 - Meningkatkan Kebajikan Ayam

  • 2 - Membekalkan Telur Bebas Sangkar Berkualiti Tinggi

  • 3 - Memperluaskan Kehadiran dalam Pasaran

  • 4 - MemberikanSokongan kepada Penternak Kecil

  • 5 - Menggalakkan amalan penternakan Mampan

Soalan Lazim



RM100

RM1000 seunit

Para penternak ayam penelur sediada, baru dan yang hendak memulakan penternakan telur bebas sangkar.

Pihak koperasi akan memberi tunjuk ajar dan bimbingan cara menaikkan taraf infrastukur yang sedia ada ke reban yang akan diluluskan badan audit persijilan antarabangsa.

Koperasi akan menjadi pusat pengutipan hasil telur bebas sangkar dan akan memasarkan telur- telur bebas sangkar atas jenama koperasi.

Koperasi berhasrat mengadakan pusat pengumpulan telur dan ahli-ahli dari setiap negeri di Malaysia.

Isi lah borang keahlian dipautan di atas dan kami akan menghubungi anda bila permohonan diluluskan kelak.